Ke Mana Hala Tuju Anda Selepas SPM? * Universiti * Kolej * STPM * Matrikulasi * Politeknik * Menempuhi alam pekerjaan * Tak nak sambung belajar. Jika anda masih tercari-cari ke mana arah anda selepas SPM , saya ada berita baik untuk anda, sila layari blog saya ini semoga jumpa arah yang di cari..!!!!

Sunday, May 27, 2012

DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA



PROGRAM UPM - DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA 
No Kelulusan JPS : KP/(JPS)5195/IPTS/859/(33) / No Rujukan LAN : A0100



PENGENALAN:
Program ini membolehkan pelajar memperolehi diploma dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Multimedia (DKTM) yang dianugerahkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Sepanjang kursus dijalankan pelajar akan mengikuti kuliah serta amali khususnya dalam bidang elektronik, komputer dan multimedia bagi melengkapkan diri mereka sebagai graduan DKTM. Lepasan DKTM ini amat diperlukan untuk mengisi keperluan industri negara khususnya dalam sektor elektrik, elektronik dan multimedia.

SYARAT KEMASUKAN :

1. Lulus SPM atau yang setaraf dengan mendapat LIMA kepujian termasuk matapelajaran Bahasa Malaysia/Melayu, Matematik dan SATU daripada matapelaran Sains. ATAU
2. Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada institusi yang diiktiraf.



PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

PROSPEK KERJAYA :
Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia ini menyediakan kursus-kursus yang meliputi pengetahuan dalkam bidang Kejuruteraan Elektrik, elektronik, Komputer dan Multimedia yang amat diperlukan dalam sektor industri kejuruteraan, teknologi maklumat dan multimedia yang semakin berkembang pesat.




STRUKTUR PROGRAM :
* KALKULUS ASAS
* FIZIK GUNAAN
* ASAS PENGATURCARAAN KOMPUTER 1
* TAMADUN ISLAM
* TAMADUN ASIA
* BAHASA MELAYU 1
* ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES 2
* ALJABAR ASAS
* STATISTIK PERMULAAN
* LITAR ELEKTRIK
* ASAS PENGATURCARAAN 2
* ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES 3
* TEKNOLOGI PERANTI ELEKTRIK
* ELEKTRONIK DIGIT
* BAHASA MELAYU 2
* TEORI ASAS KOMUNIKASI
* ELEKTRONIK ANALOG
* KOMUNIKASI KOMPUTER
* ORGANISASI KOMPUTER
* REKABENTUK SISTEM MULTIMEDIA
* PERSAMAAN PERBEZAAN PERMULAAN
* KENEGARAAN MALAYSIA
* REKABENTUK TERBANTU KOMPUTER
* PENGURUSAN PANGKALAN DATA
* PEMPROSES MIKRO
* GRAFIK DAN IMEJ
* TEKNOLOGI AUDIO DAN VIDEO
* PERKOMPUTERAN INTERNET
* PEMBINAAN SISTEM ELEKTRIK DAN KOMPUTER

UPM Jalin Kerjasama Pendidikan Awam-Swasta
Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha (empat dari kanan) bergambar bersama-sama penandatangan MoA program kerjasama antara UPM-IPTS baru-baru ini. 

SERDANG, 1 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) meluaskan peluang pendidikan dengan menjalinkan kerjasama pendidikan awam-swasta melalui perjanjian kerjasama dengan enam kolej swasta (IPTS). 

Pengarah Pusat Pendidikan Luar (PPL) UPM, Prof. Dr. Abd Aziz Saharee berkata memorandum perjanjian (MoA) tersebut bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berkualiti setanding dengan graduan kampus induk dan membantu IPTS menerap budaya akademik yang cemerlang. 

”Program ini bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk melanjutkan pengajian tinggi disamping menggalakkan penawaran program akademik secara jarak jauh dan program kerjasama dengan IPTS,” katanya. 

Antara program yang ditawarkan Kolej Teknologi Antarabangsa ialah Diploma Sains Komputer, Bacelor Sains Komputer dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. 

Kolej Teknologi Timur menawarkan Diploma Sains Komputer dan Diploma Pembangunan Manusia di samping Kolej UNITI menawarkan Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia. 

Sementara itu Kolej Risda menawarkan program Diploma Sains Komputer, Diploma Pertanian dan Diploma Pengurusan Perniagaan manakala Kolej Shahputra menawarkan Diploma Sains Komputer, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan dan Kolej Teknologi Bestari menawarkan Diploma Sains Komputer, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. 

Program kerjasama UPM-IPTS yang dikendalikan oleh PPL merupakan kesinambungan kali ketiga untuk menggalakkan penawaran program akademik secara jarak jauh. 

Sementara itu Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata UPM dan PPL sentiasa memantau proses pembelajaran serta kualiti pengajaran bagi program berkenaan melalui badan khas yang dilantik oleh senat universiti untuk memastikan kualiti prasarana dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan yang baik. 

”UPM telah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.” 

PPL UPM telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 pada September 2006 dan salah satu skop aktiviti PPL berkaitan dengan proses pengendalian akademik program kerjasama UPM-IPTS di peringkat diploma dan bacelor. 

Dokumen MoA tersebut ditandatangani oleh Dr. Nik Mustapha mewakili UPM dan oleh Pengerusi Eksekutif Kolej Shahputra, Dato’ Dr. Azman Zaini Abdul Ghanie; Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Timur, Datin Norayini Ali mewakili; Pengerusi Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Dato’ Dr. Mohd Nasir Ismail; Pengerusi Eksekutif Kolej Teknologi Bestari, Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansur; Ketua Eksekutif Kolej Risda, Datin Dr. Faridah Mohd Rashid dan Ketua Eksekutif Kolej UNITI, Mohd Zayed Sulaiman.

.Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha (empat dari kanan) bersama-sama penandatangan MoA sedang memerhatikan dokumen perjanjian program kerjasama antara UPM-IPTS 



KEAHLIAN RM50 SEKALI SEUMUR HIDUP..!

No comments:

Post a Comment