Ke Mana Hala Tuju Anda Selepas SPM? * Universiti * Kolej * STPM * Matrikulasi * Politeknik * Menempuhi alam pekerjaan * Tak nak sambung belajar. Jika anda masih tercari-cari ke mana arah anda selepas SPM , saya ada berita baik untuk anda, sila layari blog saya ini semoga jumpa arah yang di cari..!!!!

Thursday, March 8, 2012

ASKAR WATANIAH DI KOLEJ UNITI

Camouflage Text Generator at TextSpace.net


PENGENALAN KEPADA ASKAR WATANIAH

• Anda bekerja atau pelajar tetapi bosan setiap hari minggu?
• Ingin memenuhkan masa lapang yang tidak terisi?
• Ingin mencari pendapatan tambahan?
• Ingin personaliti diri berdisplin dan bersemangat tinggi?
• Ingin mengetahui serba sedikit dunia ketenteraan?
• Ingin mengikuti kursus menarik yang ditawarkan oleh tentera?
• Berbangga berpakaian seragam tentera dan persenjataannya dan ingin mencuba? dan....
• Ingin memberi sumbangan kepada pertahanan negara?

ASKAR WATANIAH SESUAI MENJADI PILIHAN UTAMA ANDA
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 18 hingga 27 tahun.
• Sihat tubuh badan.
• Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
• Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
• Salinan Kad Pengenalan Awam.
• Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
• Salinan Sijil Kelahiran.
• Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
• 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
• Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

MENGENALI ASKAR WATANIAH

WATANIAH atau lebih dikenali sebagai Rejimen Askar Wataniah merupakan sebuah pasukan SUKARELA yang dianggotai oleh orang-orang awam yang berkelayakan dan berumur antara 18 tahun ke atas.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI ASKAR WATANIAH

Warganegara Malaysia yang layak menganggotai WATANIAH seperti:
1. kakitangan awam
2. orang-orang kampung
3. kakitangan swasta
4. pekerja kilang
5. pelajar kolej
6. pekerja ladang
7. peneroka felda
8. peniaga
9. nelayan
10. penoreh getah dan mana-mana warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 27 tahun ( lelaki atau wanita - bujang ataupun sudah berkahwin )

1. ELAUN LATIHAN

Elaun latihan Mingguan akan dibayar pada setiap kali anggota hadir latihan hujung minggu seperti hari Sabtu atau Ahad.

ELAUN UNTUK LAIN-LAIN PANGKAT
( Prebet hingga Peg. Waran 1 )

RM 3.00 sejam + Bonus Rm520 (240jam)

ELAUN UNTUK PEGAWAI

RM 4.35 sejam


2. ELAUN PERJALANAN

Dibayar mengikut jarak perjalanan dari rumah anggota ke kem latihan
(mengikut jenis kenderaan yang digunakan) seperti :
1. bas
2. motosikal
3. kereta


3. PAKAIAN

Setiap anggota WATANIAH akan diberikan pakaian latihan percuma sebagaimana anggota tetap.
(NO:3) Pakaian Pejabat/Kawad (NO: 5) Celoreng.



4. RANGSUM/ MAKANAN & PELURU PERCUMA

Diberikan kepada anggota WATANIAH yang menghadiri latihan tempatan hujung minggu/ latihan tahunan.

5. INSURAN TAKAFUL

Dengan hanya mambayar RM12.00 setahun kepada takaful, anda dilindungi insuran berjumlah RM 20,000.00 semasa menghadiri latihan/ kursus

KEAHLIAN RM50 SEKALI SEUMUR HIDUP...!

No comments:

Post a Comment